Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) adalah satu pameran sambutan perayaan Hari Peladang di Malaysia. Ia bermula dengan pengisytiharaan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak pada 6 Ogos 1972 di Dungun, Terengganu dengan nama “Perayaan Hari Peladang”. Ia kemudian ditukar kepada “Hari Peladang dan Nelayan Kebangsaan” pada tahun 1982 (diguna pakai 1983-87). Kemudian pada tahun 1988 nama perayaan ditukar pula kepada “Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan” dan kekal sehingga kini.
Source by Wikipedia
Location : Kompleks Sukan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia